Monday 7 August 2023

PERCUTIAN SHAKLEE

 



Assalamualaikum, Salam sejahtera, alhamdulillah syukur pada Allah atas setiap apa yang kita nikmati hari ini dan seterusnya. Sihat anugerah TERHEBAT sebab dengan anugerah sihat ramai antara kita dapat pergi travel, dapat menikmati keindahan DUNIA ciptaan Allah.


Jauh perjalanan luas pemandangan, Begitulah perkataan yang selalu kita dengar, mendorong kita ingin melancong me lihat negara luar yang berbeza dengan negara kita.

Bagi pengedar Shaklee, antara insentif yang di sediakan adalah percutian percuma selepas kita mencapai atau melepasi syarat jualan dalam setahun. sebagai ganjaran dan galakan kepada pengedar-pengeda pada tahun 2024 Shaklee sediakan trip ke Japan, untuk trip antarabangsa




Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee.

Shaklee telah membawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket.

percutian Shaklee



Shaklee terbaik memberi peluang kepada SID membina Kerjaya dan impian melancong dengan first class travel tanpa SID mengeluarkan belanja sendiri malah setiap peserta akan terima sejumlah tunai untuk berbelanja dan terima welcome gift yang menarik.

Menurut cerita SID yang telah berkesempatan dan mendapat peluang melancong bersama Shaklee, mereka tidak dapat melupakan moment dan pengalaman treval bersama Shaklee, layanan yang first class, termasuk penginapan, makanan dan tempat dikunjungi semuanya percuma, serta terbaik. 

Setiap SID Shaklee menyimpan impian untuk travel bersama Shaklee dan rakan-rakan pengedar lain, ianya tidak mustahil jika kita mempunyai niat serta impian yang jelas dan berusaha untuk mencapainya. 

No comments:

Post a Comment

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...