Sunday 26 February 2023

BISNES SHAKLEE SUDAH 20 TAHUN!

Assalamualaikum semua. Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan pengalaman saya sedikit sebanyak dalam Shaklee. Saya sudah 22 tahun bersama Shaklee, menjadi SID dalam tahun 2001 pada bulan September. Sedikit pengalaman yang boleh dikongsikan antaranya tentang fasa yang dilalui dan proses untuk membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam shaklee dan dalam kehidupan keseluruhan. Ada waktu dan masa bersemangat, hampir setiap hari berjumpa dengan prospek dan perkenalkan shaklee atas kadar ilmu yang saya dapat pada masa itu (dengan bantuan Upline). Dan ada waktunya jika kurang bersemangat, aktiviti biasa sahaja yang dilakukan dan berlarutan sehingga beberapa tahun, (bisnes shaklee bejalan ala-ala kadar sahaja). Namun begitu, saya masih tetap bertahan walaupun lemah semangat, juga makin lama saya rasa makin ramai yang kurang percaya dengan saya. Dalam masa yang sama, saya sedar mungkin terlalu lama bersama shaklee sehingga kawan-kawan dan kenalan-kenalan tidak nampak kejayaan saya bersama Shaklee. Bersangka baiklah! Mungkin mereka menunggu dan ingin melihat kejayaan saya dalam shaklee. Oleh itu saya tetap bersama shaklee sehingga sekarang. Semoga Allah sentiasa kurniakan rasa sabar dan tidak berubah arah kepada saya sehingga saya temui kejayaan yang cerah bersama Shaklee. Nasihat saya kepada mereka yang belum berjaya mencapai apa yang mereka inginkan yang sebenarnya rezeki manusia dan makhluk lain juga tidak sama dan itu adalah suatu perkara yang pasti. Jadi, usahalah dan terus usaha seperti yang di ajarkan oleh leader masing-masing kerana rezeki kita akan peroleh juga selagi kita masih benyawa. Ia umpama satu perjalanan bagi kita malah kita boleh memilih mana yang kita mahu; menjadi pemandu bas atau menjadi penumpang yang akan turun di pertengahan jalan. Akhir kata, ingatlah! Saat kita lemah dan jatuh, kita mesti kembali kepada Allah, pencipta sekalian makhluk di muka bumi ini. Habibah Ibrahim #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleehuluselangor #shakleereadystock

Monday 13 February 2023

DETOKS UNTUK SIHAT

APA AKIBAT KITA TAK DETOX 🍊 Walaupun kita membuang setiap hari tetapi dinding usus kita tidak dicuci menyebabkan penyerapan nutrisi terganggu: cth macam longkang rumah kita kalau tidak dicuci dinding longkang, ia boleh tersumbat dan aliran air sgt sedikit. 🍊 Kita akan kerap alami sakit kepala dan badan berangin.. Bagaimana? Toksin yg hasil dari makanan yang kita makan tidak boleh dicerna sepenuhnya... Badan akan serap semua ke dalam sistem sebagai redikal bebas. 🍊 Bayangkan sisa yang tak perlu Di simpan lama, ia akan menyebabkan kerosakan berlaku pada usus kita seperti, sembelit, jangkitan dan ketumbuhan dalam usus. 🍊 Perut adalah rumah penyakit, so dengan detox kita boleh menghindari banyak jenis penyakit..  usaha, ikhtiar dan tawakkal #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleehuluselangor #shakleereadystock

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...