Friday, 28 July 2023

TIPS TRAVEL MENARIK

Assalamualaikum, Salam sejahtera sahabat2, moga sihat sentiasa, alhamdulillah syukur kerana kita masih ada peluang memperbaiki diri dan menambah amalan baik. 



Sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, kalau sihat macam-macam aktiviti boleh dibuat, terutamanya aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal seperti berjalan jauh, berdiri lama, memanjat tangga dan sebagainya. 

Kalau kita hendak travel, Fizikal dan mental kena kuat maklumlah mungkin kita akan pergi ke tempat yang tidak pernah kita sampai dan bermacam kemungkinan yang kita akan hadapi dan lalui semasa kita berada di tempat yang asing bagi kita. 

Sudah tentulah cabaran yang berbeza untuk travel dalam negeri dan luar negara, walau apa pun keadaan dan situasi yang kita akan hadapi, persediaan awal perlu dibuat bagi menjamin keselesaan dan dalam mood ceria sepanjang tempoh travel. 

Ini adalah langkah paling awal yang perlu kita lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang ingin kita kunjungi. Selain bagi memastikan percutian berjalan lancar, ia juga penting agar tahu bahawa kita berada di tempat yang selamat.

Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar kita dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang berada di sana.

Checklist sebelum travel yang kita perlu senaraikan. Jangan lupa masukkan perkara penting dalam checklist sebelum pergi travel. Ramai yang tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak penting.

Antara tips travel yang boleh kita contohi dan praktik, 

1. Checklist Sebelum Travel

Semak status perjalanan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Tiket Penerbangan.

Tempahan Hotel.

Passport – Tarikh passport tamat sebelum 6 bulan dari tarikh percutian.

Permohonan visa (mengikut negara yang pergi).

Ambil insurans perjalanan.

Ambil insurans extreme sports bagi yang ada aktiviti extreme.

Tukar Wang - elakkan Tukar Wang di Lapangan Terbang

Pakaian sesuai ikut negara dan musim.

Bekalan ubat dan vitamin – Labelkan.

Bawa bekalan makanan yang tahan lama.

Powerbank.

Universal Travel Adapter – Sesetengah negara tak sama soket dengan Malaysia.

Print segala slip tiket penerbangan, hotel, permainan, tiket bas, tiket keretapi, tiket park yang beli di talian.

Beli simkad di negara yang dilawati.

Aktifkan kad debit dengan bank.

Buat salinan dokumen peribadi (kad pengenalan diri, passport) dan simpan dalam emel.

Catat dan simpan nombor embassy terdekat dengan negara yang dilawati. Dinasihatkan segera mendaftar/memaklumkan kepada embassy di negara yang dilawati. Jika tiada embassy di negara tersebut, daftar dengan embassy yang paling terdekat.


2. Checklist Semasa Travel

Kita tidak tahu sekiranya akan berlaku sebarang masalah ketika berada di luar negara. Bantuan konsulat dapat disegerakan dengan adanya maklumat diri di embassy.

Sedar atau tidak, hari pertama untuk bercuti adalah sangat penting, Ia boleh jadi penentu sama ada percutian itu akan berjalan dengan lancar mahupun tidak. Sila kenalpasti selok-belok negara yang ingin kunjungi supaya tidak tersesat.

Jangan juga lupa muktamadkan tempat penginapan, periksa kemudahan awam yang ada, tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai lagi. 

Bagi Travel dalam negara agak mudah kerana budaya dan makanan serta peraturan hampir sama dengan tempat tinggal kita, walau bagaimana pun persediaan awal sangat penting bagi kelancaran perjalanan. 

Setiap travel memerlukan perbelanjaan sendiri kecuali Travel yang disediakan oleh Syarikat tempat kita bekerja atau perniagaan yang kita ceburi. Bab travel ni sangat menarik dan di impikan oleh setiap orang,  Jadi kita perlu ada impian yang kuat untuk berjaya. 

No comments:

Post a Comment

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...