Assalamualaikum... Salam maal Hijrah 1445
Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online.
Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, kami berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.
5 TIP UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE
CARI ilmu berniaga
JUAL minat anda
MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial
GUNA strategi pemasaran terbaik
RAJIN berusaha dan bertanya
1. CARI ILMU BERNIAGA
Perkara pertama yang paling penting untuk dijadikan tips bisnes online adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual.
KENA jadi orang yang jujur, barang yang kita jual mestilah kita telah menggunakan terlebih dahulu bagi mengelakkan terlebih-lebih claim dan memberi kesan buruk kepada pelanggan, kita tidak boleh semata mata memikirkan keuntungan sahaja, supaya mendapat keberkatan dalam perniagaan kita.
Jika kita sendiri tidak tahu bagaimana, belajar untuk mengetahuinya. Ambil kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri anda. Jadilah pakar dalam bidang anda.
Walaupun ia kedengaran seperti banyak proses yang anda perlu lalui. Percayalah, setiap usaha itu perlukan masa dan usaha tidak pernah mengkhianati kita. Lebih banyak ilmu yang kita perolehi, lebih bersedia untuk kita menghadapi sebarang cabaran dalam perniagaan.
2. JUAL MINAT ANDA SEBAGAI PENIAGA ONLINE
Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Dalam berniaga inilah peluang untuk kita lakukan perkara yang kita minati. Berbeza jika kita bekerja, perlu mengikut arahan dan peraturan yang disediakan, mungkin bukan minat kita tetapi perlu di lakukan kerana arahan kerja.
Sebagai peniaga online, Nak tahu kenapa perlu lakukan perkara yang kita minat, Kalau kita melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat, kita tidak akan mudah patah semangat.
3. MANFAATKAN PLATFORM MEDIA SOSIAL
Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, sekarang kita mempunyai Pilihan sama ada hendak keluar menjual diluar atau di dalam rumah sahaja. Tetapi dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.
Perniagaan online sememangnya merupakan medium yang terbaik untuk kita mempromosikan produk, perkhidmatan dan senang untuk me lakukan follow up. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog, ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk kita pasarkan produk dan perkhidmatan kita.
Langkah permualaan terbaik adalah kita boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk. Kemudian, anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Walaupun dunia keusahawanan ini ada turun naiknya. Rezeki kita sudah dijamin oleh-Nya. Yang penting, kita berusaha dan jangan cepat berputus asa.
Jadi sekiranya kita harus pelajari Teknik pemasaran bagi mempromosikan produk kita memilih Facebook untuk mempromosikan produk, tambah follower dan pelanggan.
4. GUNA STRATEGI PENIAGA ONLINE YANG TERBAIK
Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk yang kita hendak perkenalkan. Dengan cara ini, perjalanan perniagaan lebih terancang. Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancar kan?
Jadi sekiranya memilih Facebook untuk mempromosikan produk, kita harus tahu bahawa teknik permasarannya yang berbeza daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ads marketing (iklan pemasaran) di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya.
Begitu juga dengan Instagram, boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang berminat nak beli. Jangan lupa sasarkan produk kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk tersebut. Kita harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan.
5. RAJIN BERUSAHA DAN BERTANYA
Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk terus berjuang dalam perniagaan yang kita ceburi.
Apa-apa pun yang kita lakukan, kita perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan ingatlah setiap usaha kita bukan sia- sia, pasti ada ganjaran yang kita akan terima. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Berminat menjadi Shaklee member boleh hubungi Kak Habibah Wasap /call 0182203958
No comments:
Post a Comment