Friday 25 August 2023

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK



KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA.


Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.*
Pengambilan suppliment CoQ-Trol Plus sangat membantu. 

Menurut kajian Coenzyme Q10 berupaya meningkatkan penyembuhan dan kuatkan jisim otot fast-twitch(type 2). Coenzyme Q10 merupakan bahan yang boleh menjanakuasa tenaga kepada sel otot, ia bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel otot

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot  jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.



Meningkatkan Peredaran Darah 

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri, meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan  jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. 
Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri

Manfaat menakjubkan CoQ10 kepada Kulit, 
menjadi rahsia kecantikan terbaik supaya anda dapat terus menyerlah dan tampil berseri. 

CoQ10, antioksida yang kuat, melindungi kulit 
anda daripada mengalami penuaan pramatang 
yang disebabkan oleh pendedahan matahari 
yang berlebihan dan tindak balas keradangan. 
Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kepada kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda, yang membawa kepada penuaan pramatang.

Meremajakan kulit yang sedang mengalami 
penuaan dengan meningkatkan tahap 
CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda 
dengan menggalakkan membaikpulih sel, 
meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, 
mengeluarkan toksin dan menghidupkan 
semula sel-sel baru dengan lebih efektif.




Menyokong Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat 
untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga  menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan  meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.  Pengambilan CoQ10 membantu:
• Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
• Meningkatkan pergerakan sperma.
• Meningkatkan kualiti ovum.

Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf,  CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda. CoQ10 juga membantu:
• Menjana fungsi otak yang sihat.
• Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

Mempercepatkan proses pemulihan luka. 

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang  rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, 
pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen 
ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka.
CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka. 

Keistimewaan Shaklee
CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
Formulasi berpaten untuk penyerapan CoQ10.
Patent No. MY-139379-A




Nutritional Facts
RamuanAmaun Setiap Kapsul
Coenzyme Q10 (Ubidecarenone)100 mg
Campuran Tokoferol5.5 mg
Resveratrol
(dari ekstrak Polygonum cuspidatum root)2 mg

Wednesday 16 August 2023

VITAMIN E SHAKLEE



Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang kita terima, setinggi tinggi anugerah Allah adalah Iman dan Islam,  anugerah Allah yang tidak ternilai adalah kesihatan yang baik. 

Untuk itu bagi memastikan anugerah dan amanah ini terpelihara kita perlu tahu apa yang sepatutnya kita makan dan lakukan perkara perkara yang menyebabkan kita sihat bertenaga sehingga akhir usia kita. 

Shaklee mempunyai rangkaian makanan tambahan yang telah melalui ujian klinikal terhadap manusian dan ujian bahan mentah yang memastikan produk itu selamat dan berkesan serta memberi impak yang maksimum kepada pengguna, Malah Shaklee membelanjakan jutaan USD untuk R & D. 

Antara vitamin yang shaklee keluarkan adalah vitamin E plus Selenium. Bahan ya terdiri daripada Vita E complex shaklee :

dibuat dr mnyak soya organik, mnyak biji gandum, ekstrak  d-alpha tocopheryl,  d-alpha tocopherol , digabung dgn 8 jnis vita e  (alpha, beta, gamma,  delta). Vitamin e yg pling lngkap di pasaran. 

organik, bukan sintetik (simbol d pd botol) 
 1 softgel vita e (400iu) mngandungi 
 1 kg benih gndum
 500ml mnyak  safflower 
 8kg bayam 
 500g badam 
 diperkaya dgn  10mg selenium semulajadi (bantu tubuh serap vitamin e dgn lbih baik) 

diperkaya dgn grape seed extract 

20x lebih mnfaat dr vitamin e
50x lebih brkuasa dr vitamin c




Fungsi vitamin E, banyak dikaitkan dengan antioksida menghalang kerosakan sel dan memelihara jantung, kulit sihat, meningkatkan jumlah oksigen yang boleh digunakan oleh otot dan tisu-tisu. 

Memelihara otot jantung dan saluran arteri dari mengeras dan mengurangkan pengoksidaan asid asid lemak dalam darah. Vitamin E perlu ada sekali dengan mineral  Salenium

Vitamin E wujud secara semula jadi dalam makanan tertentu, termasuk biji, kacang, beberapa sayur-sayuran, dan beberapa produk yang diperkaya. Anda juga boleh mengambilnya sebagai makanan tambahan.

Ia memainkan banyak peranan dalam badan anda. Ia mungkin paling terkenal dengan kesan antioksidannya, melindungi sel anda daripada kerosakan oksidatif dengan meneutralkan molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas. Selain itu, ia diperlukan untuk fungsi imun yang betul dan isyarat selular.

Vitamin E mampu meningkatkan kemampuan sistem reproduktif, menurut kajian klinikal pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif, para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E, mampu meningkatkan kiraan seperma mereka. 




VITAMIN E UNTUK KULIT CANTIK 

Ambil beberapa titisan minyak vitamin E dan gosokkannya dengan lembut pada bahagian kulit yang terkena selaran matahari (sunburn).

Menurut kajian Perubatan Dalaman, vitamin E adalah antioksidan berkuasa yang meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet, dengan itu memudarkan selaran matahari.

Vitamin E menjadikan saraf lebih kuat dan membantu dalam menyuburkan kulit anda dari dalaman dan luaran. 




VITAMIN E UNTUK STABILKAN TEKANAN DARAH DAN MEMBANTU KESIHATAN  JANTUNG 

Sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa mengambil vitamin E dengan suplemen omega-3 boleh mengurangkan tahap LDL dan trigliserida pada orang yang mengalami sindrom metabolik — sekumpulan keadaan, termasuk tahap lemak darah tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan keadaan kesihatan yang lain.

Melindungi salur darah: Vitamin E sebagai antioksidan meneutralkan radikal bebas berbahaya, mengurangkan risiko saluran darah tersumbat: Vitamin E mengurangkan keradangan dalam salur darah dengan mengawal aliran darah: Vitamin E Mencegah plak dan pembentukan darah beku pada salur darah. 

Vitamin E untuk antioksida dan anti keradangan
Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K. 


Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.

Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E dari makanan harian. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.

Vitamin ini bekerja dengan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat stress dan terdedah oleh radikal bebas serta kekurangan zat esential. Oleh itu penting kita mengambil suppliment tambahan vitamin E dan C. 

Keistimewaan Vitamin E Shaklee
400IU vitamin E dari sumber semula jadi minyak kacang soya yang lebih mudah diserap oleh tubuh badan.
65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksida yang bagus. 

Monday 7 August 2023

PERCUTIAN SHAKLEE

 



Assalamualaikum, Salam sejahtera, alhamdulillah syukur pada Allah atas setiap apa yang kita nikmati hari ini dan seterusnya. Sihat anugerah TERHEBAT sebab dengan anugerah sihat ramai antara kita dapat pergi travel, dapat menikmati keindahan DUNIA ciptaan Allah.


Jauh perjalanan luas pemandangan, Begitulah perkataan yang selalu kita dengar, mendorong kita ingin melancong me lihat negara luar yang berbeza dengan negara kita.

Bagi pengedar Shaklee, antara insentif yang di sediakan adalah percutian percuma selepas kita mencapai atau melepasi syarat jualan dalam setahun. sebagai ganjaran dan galakan kepada pengedar-pengeda pada tahun 2024 Shaklee sediakan trip ke Japan, untuk trip antarabangsa




Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee.

Shaklee telah membawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket.

percutian Shaklee



Shaklee terbaik memberi peluang kepada SID membina Kerjaya dan impian melancong dengan first class travel tanpa SID mengeluarkan belanja sendiri malah setiap peserta akan terima sejumlah tunai untuk berbelanja dan terima welcome gift yang menarik.

Menurut cerita SID yang telah berkesempatan dan mendapat peluang melancong bersama Shaklee, mereka tidak dapat melupakan moment dan pengalaman treval bersama Shaklee, layanan yang first class, termasuk penginapan, makanan dan tempat dikunjungi semuanya percuma, serta terbaik. 

Setiap SID Shaklee menyimpan impian untuk travel bersama Shaklee dan rakan-rakan pengedar lain, ianya tidak mustahil jika kita mempunyai niat serta impian yang jelas dan berusaha untuk mencapainya. 

Friday 28 July 2023

TIPS TRAVEL MENARIK

Assalamualaikum, Salam sejahtera sahabat2, moga sihat sentiasa, alhamdulillah syukur kerana kita masih ada peluang memperbaiki diri dan menambah amalan baik. 



Sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, kalau sihat macam-macam aktiviti boleh dibuat, terutamanya aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal seperti berjalan jauh, berdiri lama, memanjat tangga dan sebagainya. 

Kalau kita hendak travel, Fizikal dan mental kena kuat maklumlah mungkin kita akan pergi ke tempat yang tidak pernah kita sampai dan bermacam kemungkinan yang kita akan hadapi dan lalui semasa kita berada di tempat yang asing bagi kita. 

Sudah tentulah cabaran yang berbeza untuk travel dalam negeri dan luar negara, walau apa pun keadaan dan situasi yang kita akan hadapi, persediaan awal perlu dibuat bagi menjamin keselesaan dan dalam mood ceria sepanjang tempoh travel. 

Ini adalah langkah paling awal yang perlu kita lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang ingin kita kunjungi. Selain bagi memastikan percutian berjalan lancar, ia juga penting agar tahu bahawa kita berada di tempat yang selamat.

Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar kita dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang berada di sana.

Checklist sebelum travel yang kita perlu senaraikan. Jangan lupa masukkan perkara penting dalam checklist sebelum pergi travel. Ramai yang tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak penting.

Antara tips travel yang boleh kita contohi dan praktik, 

1. Checklist Sebelum Travel

Semak status perjalanan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Tiket Penerbangan.

Tempahan Hotel.

Passport – Tarikh passport tamat sebelum 6 bulan dari tarikh percutian.

Permohonan visa (mengikut negara yang pergi).

Ambil insurans perjalanan.

Ambil insurans extreme sports bagi yang ada aktiviti extreme.

Tukar Wang - elakkan Tukar Wang di Lapangan Terbang

Pakaian sesuai ikut negara dan musim.

Bekalan ubat dan vitamin – Labelkan.

Bawa bekalan makanan yang tahan lama.

Powerbank.

Universal Travel Adapter – Sesetengah negara tak sama soket dengan Malaysia.

Print segala slip tiket penerbangan, hotel, permainan, tiket bas, tiket keretapi, tiket park yang beli di talian.

Beli simkad di negara yang dilawati.

Aktifkan kad debit dengan bank.

Buat salinan dokumen peribadi (kad pengenalan diri, passport) dan simpan dalam emel.

Catat dan simpan nombor embassy terdekat dengan negara yang dilawati. Dinasihatkan segera mendaftar/memaklumkan kepada embassy di negara yang dilawati. Jika tiada embassy di negara tersebut, daftar dengan embassy yang paling terdekat.


2. Checklist Semasa Travel

Kita tidak tahu sekiranya akan berlaku sebarang masalah ketika berada di luar negara. Bantuan konsulat dapat disegerakan dengan adanya maklumat diri di embassy.

Sedar atau tidak, hari pertama untuk bercuti adalah sangat penting, Ia boleh jadi penentu sama ada percutian itu akan berjalan dengan lancar mahupun tidak. Sila kenalpasti selok-belok negara yang ingin kunjungi supaya tidak tersesat.

Jangan juga lupa muktamadkan tempat penginapan, periksa kemudahan awam yang ada, tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai lagi. 

Bagi Travel dalam negara agak mudah kerana budaya dan makanan serta peraturan hampir sama dengan tempat tinggal kita, walau bagaimana pun persediaan awal sangat penting bagi kelancaran perjalanan. 

Setiap travel memerlukan perbelanjaan sendiri kecuali Travel yang disediakan oleh Syarikat tempat kita bekerja atau perniagaan yang kita ceburi. Bab travel ni sangat menarik dan di impikan oleh setiap orang,  Jadi kita perlu ada impian yang kuat untuk berjaya. 

Friday 21 July 2023

TIPS BISNES ONLINE

Assalamualaikum... Salam maal Hijrah 1445



Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online. 

Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, kami berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.




5 TIP UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE
 
CARI ilmu berniaga
JUAL minat anda
MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial 
GUNA strategi pemasaran terbaik
RAJIN berusaha dan bertanya

1. CARI ILMU BERNIAGA 

Perkara pertama yang paling penting untuk dijadikan tips bisnes online adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual. 

KENA jadi orang yang jujur, barang yang kita jual mestilah kita telah menggunakan terlebih dahulu bagi mengelakkan terlebih-lebih claim dan memberi kesan buruk kepada pelanggan, kita tidak boleh semata mata memikirkan keuntungan sahaja, supaya mendapat keberkatan dalam  perniagaan kita. 

Jika kita sendiri tidak tahu bagaimana, belajar untuk mengetahuinya. Ambil kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri anda. Jadilah pakar dalam bidang anda.

Walaupun ia kedengaran seperti banyak proses yang anda perlu lalui. Percayalah, setiap usaha itu perlukan masa dan usaha tidak pernah mengkhianati kita. Lebih banyak ilmu yang kita perolehi, lebih bersedia untuk kita menghadapi sebarang cabaran dalam perniagaan.

2. JUAL MINAT ANDA SEBAGAI PENIAGA ONLINE 

Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Dalam berniaga inilah peluang untuk kita lakukan perkara yang kita minati. Berbeza jika kita bekerja, perlu mengikut arahan dan peraturan yang disediakan, mungkin bukan minat kita tetapi perlu di lakukan kerana arahan kerja. 

Sebagai peniaga online,  Nak tahu kenapa perlu lakukan perkara yang kita minat, Kalau kita melakukan sesuatu perkara  dengan penuh minat, kita tidak akan mudah patah semangat. 




3. MANFAATKAN PLATFORM MEDIA SOSIAL 

Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, sekarang kita mempunyai Pilihan sama ada hendak keluar menjual diluar atau di dalam rumah sahaja. Tetapi dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.

Perniagaan online sememangnya merupakan medium yang terbaik untuk kita mempromosikan produk, perkhidmatan dan senang untuk me lakukan follow up. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog,  ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk kita pasarkan produk dan perkhidmatan kita. 

Langkah permualaan terbaik adalah kita boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk. Kemudian, anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Walaupun dunia keusahawanan ini ada turun naiknya. Rezeki kita sudah dijamin oleh-Nya. Yang penting, kita berusaha dan  jangan cepat berputus asa. 

Jadi sekiranya kita harus pelajari Teknik pemasaran bagi mempromosikan produk kita memilih Facebook untuk mempromosikan produk, tambah follower dan pelanggan.

4. GUNA STRATEGI PENIAGA ONLINE YANG TERBAIK 

Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk yang kita hendak perkenalkan. Dengan cara ini, perjalanan perniagaan lebih terancang. Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancar kan?

Jadi sekiranya memilih Facebook untuk mempromosikan produk, kita harus tahu bahawa teknik permasarannya yang berbeza  daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ads marketing (iklan pemasaran) di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya. 

Begitu juga dengan Instagram, boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang berminat nak beli. Jangan lupa sasarkan produk kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk tersebut. Kita harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan. 

5. RAJIN BERUSAHA DAN BERTANYA 

Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk terus berjuang dalam perniagaan yang kita ceburi. 




Apa-apa pun yang kita lakukan, kita perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan ingatlah setiap usaha kita bukan sia- sia, pasti ada ganjaran yang kita akan terima. Anda pasti akan mencapai kejayaan.


Berminat menjadi Shaklee member boleh hubungi Kak Habibah Wasap /call 0182203958

 

 

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...