Friday 28 July 2023

TIPS TRAVEL MENARIK

Assalamualaikum, Salam sejahtera sahabat2, moga sihat sentiasa, alhamdulillah syukur kerana kita masih ada peluang memperbaiki diri dan menambah amalan baik. 



Sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, kalau sihat macam-macam aktiviti boleh dibuat, terutamanya aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal seperti berjalan jauh, berdiri lama, memanjat tangga dan sebagainya. 

Kalau kita hendak travel, Fizikal dan mental kena kuat maklumlah mungkin kita akan pergi ke tempat yang tidak pernah kita sampai dan bermacam kemungkinan yang kita akan hadapi dan lalui semasa kita berada di tempat yang asing bagi kita. 

Sudah tentulah cabaran yang berbeza untuk travel dalam negeri dan luar negara, walau apa pun keadaan dan situasi yang kita akan hadapi, persediaan awal perlu dibuat bagi menjamin keselesaan dan dalam mood ceria sepanjang tempoh travel. 

Ini adalah langkah paling awal yang perlu kita lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang ingin kita kunjungi. Selain bagi memastikan percutian berjalan lancar, ia juga penting agar tahu bahawa kita berada di tempat yang selamat.

Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar kita dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang berada di sana.

Checklist sebelum travel yang kita perlu senaraikan. Jangan lupa masukkan perkara penting dalam checklist sebelum pergi travel. Ramai yang tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perkara biasa dan tidak penting.

Antara tips travel yang boleh kita contohi dan praktik, 

1. Checklist Sebelum Travel

Semak status perjalanan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Tiket Penerbangan.

Tempahan Hotel.

Passport – Tarikh passport tamat sebelum 6 bulan dari tarikh percutian.

Permohonan visa (mengikut negara yang pergi).

Ambil insurans perjalanan.

Ambil insurans extreme sports bagi yang ada aktiviti extreme.

Tukar Wang - elakkan Tukar Wang di Lapangan Terbang

Pakaian sesuai ikut negara dan musim.

Bekalan ubat dan vitamin – Labelkan.

Bawa bekalan makanan yang tahan lama.

Powerbank.

Universal Travel Adapter – Sesetengah negara tak sama soket dengan Malaysia.

Print segala slip tiket penerbangan, hotel, permainan, tiket bas, tiket keretapi, tiket park yang beli di talian.

Beli simkad di negara yang dilawati.

Aktifkan kad debit dengan bank.

Buat salinan dokumen peribadi (kad pengenalan diri, passport) dan simpan dalam emel.

Catat dan simpan nombor embassy terdekat dengan negara yang dilawati. Dinasihatkan segera mendaftar/memaklumkan kepada embassy di negara yang dilawati. Jika tiada embassy di negara tersebut, daftar dengan embassy yang paling terdekat.


2. Checklist Semasa Travel

Kita tidak tahu sekiranya akan berlaku sebarang masalah ketika berada di luar negara. Bantuan konsulat dapat disegerakan dengan adanya maklumat diri di embassy.

Sedar atau tidak, hari pertama untuk bercuti adalah sangat penting, Ia boleh jadi penentu sama ada percutian itu akan berjalan dengan lancar mahupun tidak. Sila kenalpasti selok-belok negara yang ingin kunjungi supaya tidak tersesat.

Jangan juga lupa muktamadkan tempat penginapan, periksa kemudahan awam yang ada, tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai lagi. 

Bagi Travel dalam negara agak mudah kerana budaya dan makanan serta peraturan hampir sama dengan tempat tinggal kita, walau bagaimana pun persediaan awal sangat penting bagi kelancaran perjalanan. 

Setiap travel memerlukan perbelanjaan sendiri kecuali Travel yang disediakan oleh Syarikat tempat kita bekerja atau perniagaan yang kita ceburi. Bab travel ni sangat menarik dan di impikan oleh setiap orang,  Jadi kita perlu ada impian yang kuat untuk berjaya. 

Friday 21 July 2023

TIPS BISNES ONLINE

Assalamualaikum... Salam maal Hijrah 1445



Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online. 

Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, kami berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.




5 TIP UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE
 
CARI ilmu berniaga
JUAL minat anda
MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial 
GUNA strategi pemasaran terbaik
RAJIN berusaha dan bertanya

1. CARI ILMU BERNIAGA 

Perkara pertama yang paling penting untuk dijadikan tips bisnes online adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual. 

KENA jadi orang yang jujur, barang yang kita jual mestilah kita telah menggunakan terlebih dahulu bagi mengelakkan terlebih-lebih claim dan memberi kesan buruk kepada pelanggan, kita tidak boleh semata mata memikirkan keuntungan sahaja, supaya mendapat keberkatan dalam  perniagaan kita. 

Jika kita sendiri tidak tahu bagaimana, belajar untuk mengetahuinya. Ambil kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri anda. Jadilah pakar dalam bidang anda.

Walaupun ia kedengaran seperti banyak proses yang anda perlu lalui. Percayalah, setiap usaha itu perlukan masa dan usaha tidak pernah mengkhianati kita. Lebih banyak ilmu yang kita perolehi, lebih bersedia untuk kita menghadapi sebarang cabaran dalam perniagaan.

2. JUAL MINAT ANDA SEBAGAI PENIAGA ONLINE 

Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Dalam berniaga inilah peluang untuk kita lakukan perkara yang kita minati. Berbeza jika kita bekerja, perlu mengikut arahan dan peraturan yang disediakan, mungkin bukan minat kita tetapi perlu di lakukan kerana arahan kerja. 

Sebagai peniaga online,  Nak tahu kenapa perlu lakukan perkara yang kita minat, Kalau kita melakukan sesuatu perkara  dengan penuh minat, kita tidak akan mudah patah semangat. 




3. MANFAATKAN PLATFORM MEDIA SOSIAL 

Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, sekarang kita mempunyai Pilihan sama ada hendak keluar menjual diluar atau di dalam rumah sahaja. Tetapi dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.

Perniagaan online sememangnya merupakan medium yang terbaik untuk kita mempromosikan produk, perkhidmatan dan senang untuk me lakukan follow up. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog,  ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk kita pasarkan produk dan perkhidmatan kita. 

Langkah permualaan terbaik adalah kita boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk. Kemudian, anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Walaupun dunia keusahawanan ini ada turun naiknya. Rezeki kita sudah dijamin oleh-Nya. Yang penting, kita berusaha dan  jangan cepat berputus asa. 

Jadi sekiranya kita harus pelajari Teknik pemasaran bagi mempromosikan produk kita memilih Facebook untuk mempromosikan produk, tambah follower dan pelanggan.

4. GUNA STRATEGI PENIAGA ONLINE YANG TERBAIK 

Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk yang kita hendak perkenalkan. Dengan cara ini, perjalanan perniagaan lebih terancang. Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancar kan?

Jadi sekiranya memilih Facebook untuk mempromosikan produk, kita harus tahu bahawa teknik permasarannya yang berbeza  daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ads marketing (iklan pemasaran) di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya. 

Begitu juga dengan Instagram, boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang berminat nak beli. Jangan lupa sasarkan produk kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk tersebut. Kita harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan. 

5. RAJIN BERUSAHA DAN BERTANYA 

Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk terus berjuang dalam perniagaan yang kita ceburi. 




Apa-apa pun yang kita lakukan, kita perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan ingatlah setiap usaha kita bukan sia- sia, pasti ada ganjaran yang kita akan terima. Anda pasti akan mencapai kejayaan.


Berminat menjadi Shaklee member boleh hubungi Kak Habibah Wasap /call 0182203958

 

 

Wednesday 19 July 2023

KERJA DARI RUMAH



Assalamualaikum sahabat2, moga2 semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dimurahkan rezeki, sihat zahir dan batin, dibukakan segala pintu kebaikan selagi mana kita sentiasa mengharapkan pertolongan dari Allah. 


Rezeki itu sendiri adalah subjektif, bukan samata- mata harta benda, kemewahan yang nampak oleh mata kasar sahaja tetapi ianya meliputi segenap aspek kehidupan, apa yang kita cari dalam menjalani kehidupan yang lebih tenang dan merasa cukup atas setiap keperluan kehidupan. 

Kehidupan kita tidak dapat lari dari masalah dan kesukaran, Allah akan memberi jalan penyelesaian yang diredoiNya selagi kita berusaha dan bergantung harap pada Allah. 

Menjadi perkara biasa juga sesetengah daripada ahli masyarakat suka mengharapkan pertolongan dari sesetengah pihak yang lain. Ini tidak boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk tidak berusaha dan berikhtiar kerana setiap daripada kita Allah kurniakan kelebihan serta kecenderungan masing-masing. 



Usaha dan kerja-kerja yang mendatangkan Hasil bukan sahaja melalui makan gaji dengan pihak lain tetapi juga dengan jalan atau berusaha sendiri, masa membuktikan, pada waktu sekarang ramai dari para surirumah menjana pendapatan dari rumah dan berjaya. 

Kita hidup di zaman serba digital di mana ekonomi gig sedang berkembang, jadi inilah masanya untuk asah kemahiran dan bakat yang boleh membantu untuk kerja dari rumah.

Jadi, kali ni saya ingin kongsikan bagaimana menjana pendapatan dari rumah, disini kami  kongsikan senarai kerja yang anda boleh buat dari rumah, platform mana yang sering digunakan dan tip supaya tak tertipu bila buat kerja online.




Kerja Sambilan Di Rumah

Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak dapatkan duit nak bayar rumah, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak?

Terdapat banyak peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari  di alam maya (tapi, jangan ter salah pilih), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.

Antara peluang yang ada terdiri dari penjualan barangan dan perkhidmatan. 

1. Penulis Bebas (Freelance Writer)
Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.

2. Pemasaran  Afiliasi (Affiliated) 
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?

3. Pembantu maya
Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.

4. Pereka Grafik (Graphic Designer)
Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.

5. Pereka Animasi (Animator)
Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.

6. Tutor Online
Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.

7. Perniagaan Makanan
Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?

8. Dropship
Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.

9. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)
Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.

10. Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.

Ini antara peluang-peluang yang boleh diambil dan dibuat secara atas talian tanpa perlu keluar rumah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan perniagaan tersebut,  ada yang menggunakan media sosial FB, IG, TikTok, Blog




Ramai juga yang menjalankan perniagaan network marketing seperti Shaklee dll berpejabat di rumah, semua aktiviti kebanyakkan dibuat dari rumah. Perniagaan Shaklee berasaskan 3S staring, sponsoring, servicing boleh di lakukan melalui online. Kelas kelas training juga dibuat online, jadi sebenarnya tiada alasan sekiranya kita mahu lakukan dengan jaya.

Faktor kejayaan bekerja dari rumah adalah antaranya mempunyai displin yang tinggi dalam pengurusan masa dan pengurusan hal peribadi. 
Mempunyai kemahiran dan minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi di samping tidak mudah putus asa dan mudah mengalah. 

Perlu ada mentor yang memberi tunjuk ajar dan pembakar semangat. 

Berminat menjadi Shaklee member boleh hubungi Kak Habibah Wasap /call 0182203958

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...