Assalamualaikum sahabat2, moga2 semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dimurahkan rezeki, sihat zahir dan batin, dibukakan segala pintu kebaikan selagi mana kita sentiasa mengharapkan pertolongan dari Allah.
Rezeki itu sendiri adalah subjektif, bukan samata- mata harta benda, kemewahan yang nampak oleh mata kasar sahaja tetapi ianya meliputi segenap aspek kehidupan, apa yang kita cari dalam menjalani kehidupan yang lebih tenang dan merasa cukup atas setiap keperluan kehidupan.
Kehidupan kita tidak dapat lari dari masalah dan kesukaran, Allah akan memberi jalan penyelesaian yang diredoiNya selagi kita berusaha dan bergantung harap pada Allah.
Menjadi perkara biasa juga sesetengah daripada ahli masyarakat suka mengharapkan pertolongan dari sesetengah pihak yang lain. Ini tidak boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk tidak berusaha dan berikhtiar kerana setiap daripada kita Allah kurniakan kelebihan serta kecenderungan masing-masing.
Usaha dan kerja-kerja yang mendatangkan Hasil bukan sahaja melalui makan gaji dengan pihak lain tetapi juga dengan jalan atau berusaha sendiri, masa membuktikan, pada waktu sekarang ramai dari para surirumah menjana pendapatan dari rumah dan berjaya.
Kita hidup di zaman serba digital di mana ekonomi gig sedang berkembang, jadi inilah masanya untuk asah kemahiran dan bakat yang boleh membantu untuk kerja dari rumah.
Jadi, kali ni saya ingin kongsikan bagaimana menjana pendapatan dari rumah, disini kami kongsikan senarai kerja yang anda boleh buat dari rumah, platform mana yang sering digunakan dan tip supaya tak tertipu bila buat kerja online.
Kerja Sambilan Di Rumah
Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak dapatkan duit nak bayar rumah, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak?
Terdapat banyak peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di alam maya (tapi, jangan ter salah pilih), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.
Antara peluang yang ada terdiri dari penjualan barangan dan perkhidmatan.
1. Penulis Bebas (Freelance Writer)
Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.
2. Pemasaran Afiliasi (Affiliated)
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?
3. Pembantu maya
Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.
4. Pereka Grafik (Graphic Designer)
Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.
5. Pereka Animasi (Animator)
Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.
6. Tutor Online
Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.
7. Perniagaan Makanan
Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?
8. Dropship
Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.
9. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)
Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.
10. Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.
Ini antara peluang-peluang yang boleh diambil dan dibuat secara atas talian tanpa perlu keluar rumah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan perniagaan tersebut, ada yang menggunakan media sosial FB, IG, TikTok, Blog
Ramai juga yang menjalankan perniagaan network marketing seperti Shaklee dll berpejabat di rumah, semua aktiviti kebanyakkan dibuat dari rumah. Perniagaan Shaklee berasaskan 3S staring, sponsoring, servicing boleh di lakukan melalui online. Kelas kelas training juga dibuat online, jadi sebenarnya tiada alasan sekiranya kita mahu lakukan dengan jaya.
Faktor kejayaan bekerja dari rumah adalah antaranya mempunyai displin yang tinggi dalam pengurusan masa dan pengurusan hal peribadi.
Mempunyai kemahiran dan minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi di samping tidak mudah putus asa dan mudah mengalah.
Perlu ada mentor yang memberi tunjuk ajar dan pembakar semangat.
Berminat menjadi Shaklee member boleh hubungi Kak Habibah Wasap /call 0182203958
No comments:
Post a Comment