Assalamualaikum, Salam sihat, sihat zahir dan batin. Kalau orang Tanya kita nak sihat dan cantik, ada ke agaknya jawab tak nak, mesti ramai yang nak cantik luaran dan dalaman. Haa Jom kita tengok kecantikan luaran, kulit kita.
Banyak peranan kulit kita, salah satunya adalah menyahtoksin melalui peluh, kulit merupakan organ terbesar badan manusia, kulit sangat terdedah kepada pancaran matahari yang menjadi punca utama jeragat.
Apakah maksud jeragat? Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.
Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang mempunyai warna kulit cerah.
Malah, masalah jeragat hanyalah secara kosmetik semata-mata dan bukanlah tanda penyakit.
Jeragat mungkin berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari.
Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan melanin meningkat.. Sebab itulah, jeragat selalunya muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti di muka, bahu dan juga tangan.
Malah, bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat.
Tidak hairanlah, ramai yang ingin mencari jalan untuk mengurangkan jeragat di kawasan muka dan tidak kurang juga sangat benjaga-jaga supaya jeragat ini tidak wujud dikulit terutama sekali dinahagian muka.
Selain daripada Sinaran UV ada juga sebab lain penyebab jeragat antaranya:
Genetik
Perubahan hormon
Pengambilan ubat
Penggunaan kosmetik
Sebenarnya, ada beberapa tip atau petua menghilangkan jeragat.
Namun pencegahan awal adalah cara terbaik,
Pencegahan dari dalaman, menjaga permakanan
Amalkan permakanan seimbang yang semulajadi tanpa pengawet, bahan kimia dan perasan tiruan.
Pengambilan vitamin semulajadi untuk bina sel baru seperti Protein, menguatkan sel dan mencegah kerosakan sel seperti vitamin C, vitamin A, vitamin B dan vitamin E.
Lazimkan pengambilan buah-buahan segar, minuman tanpa gula yang mencukupi, rehat dan tidur yang mencukupi.
Elakkan pengambilan ubat ubatan kimia yang berterusan dan Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti bahan pemutih dan mengikis lapisan luaran kulit.
Amalkan Penggunaan SPF 50 untuk perlindungan UV dari sinaran matahari, awasi Penggunaan bahan penjagaan kulit dan kosmetik, pastikan bahan yang semulajadi dan selamat.
Pencegahan dan rawatan secara luaran jangkamasa pendek boleh dicuba dan dilakukan waktu perlu sahaja.
Cara ini bukan sahaja senang, bahan-bahannya juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya berdekatan.
# menggunakan cukai epal, lemon
# serbuk kulit kayu manis
# soda bikabonat
# teh hijau
# lidah buaya
Namun pemilihan bahan penjagaan kulit sangat penting untuk tempoh jangkapanjang antara set penjagaan kulit yang disyor dan saya Amalkan, Jom Cuba langkah mudah yang ramai pengguna shaklee telah gunakan
* membersih - mencuci
* menyegar - mengimbangi
* melembab - menghidrat
No comments:
Post a Comment