Assalamualaikum, Salam sejahtera. Salam sihat.
Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan terhindar dari penyakit-penyakit yang menggangu perjalanan kehidupan kita.
Nikmat sihat adalah anugerah yang paling indah dan penting sehinggakan dalam solat kita ada doa memohon agar tubuh badan kita sihat walafiat iaitu pada Rukun "duduk antara dua sujud" . Ini menunjukkan sihat rohani dan jesmani sangat dituntut dalam Islam. Kita perlu sihat demi menjaga amanah dari Allah.
Ada beberapa Faktor dalam usaha untuk sihat:
1. Menjaga permakanan harian - sentiasa mengikut piramid makanan lebihkan protin, sayur, buah, kurangkan karbohidrat, minyak, lemak, garam dan gula.
2. Makan mengikut sunnah, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang ini kerana isyarat rasa kenyang akan sampai ke otak kita dalam masa 20 minit, kalau kita berhenti makan ketika kita sudah kenyang perut akan rasa terlebih kenyang.
3. Minum air tanpa gula sekurang-kurang 8 gelas sehari@ 2 liter atau lebih tepat minum air mengikut berat badan kita. Banyak kan minum air pada waktu siang hari iaitu 3/4 sukatan minuman sehari dan 1/4 waktu malam bagi mengelakkan air berlebihan ke organ penting seperti paru paru dan jantung.
4. Amalkan sukatan makanan suku-suku setengah dalam satu pinggan hidangan. 1/4 bahagian karbohidrat, 1/4 bahagian protein dan 1/2 bahagian sayuran. Amalan ini bukan sahaja sihat tetapi menjamin berat badan yang aidel.
1. Bersenam atau berjalan kalki 30 minit 3 kali seminggu untuk menyah toksin melalui peluh, membayar lemak dan membina otot yang kuat.
Bersenam menggalakkan peraliran darah yang normal dan jantung yang sihat.
2. Sentiasa bertenang dan menangani stress, kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap masalah ada penyelesaian dan setiap penyakit ada ubatnya kita perlu berikhtiar dan berusaha mengawal dan meletakkan atau Setkan dalam minda kita semua yang terjadi adalah sementara, ia ada sebab dan hikmah yang tersembunyi.
3. Membantu kepada yang memerlukan, kita perlulah sentiasa lebih prihatin dan peka dengan persekitaran sosialliti supaya persekitaran yang aman menjamin keharmonian jiwa dan ketenangan hati serta bebas dari tekanan
4. Sentiasa berfikiran positif dalam segala hal
Bersangka baik dengan takdir Allah, Cara berpikir positif boleh dilakukan dengan mudah, mulai dari bersyukur, membiasakan diri untuk melihat sisi baik suatu hal, hingga membayangkan masa depan yang baik. Pola fikir ini memberi manfaat bagi kesihatan fizikal dan mental seseorang.
Amalan Pemakanan Tambahan yang disarankan
1. Multivitamin - 28 jenis vitamin dan minaral penting
2. Protein - membekalkan 9 amino asid penting tidak dikeluarkan oleh badan.
3. Vitamin C - Cegah kerosakan Sel
4. B Complex - membekalkan 8B yang lengkap
5. Omega - Minyak Omega 3, DHA & EPA
6. Kalsium - Ostenutrix untuk kesihatan Tulang, Gigi, Gusi, Sendi dan kesihatan jantung.
http://www.wasap.my/60182203958
No comments:
Post a Comment