Untuk mengubah dunia luar kita perlu mengubah sikap kita dahulu, belajar berfikir diluar kotak fikiran tidak boleh lagi menunggu dan menunggu.
Sentiasa ingat Allah, Dialah pencipta kita menentukan rezki untuk kita..kalau kita susah dahulu, perkara telah lepas tak boleh dipinda dan diubah lagi tetapi kalau susah sekarang boleh lagi bertindak untuk menjadi lebih baik dari sekarang dan paling penting masa hadapan yang bakal ditempuhi.
Bayangkan kalau sekarang anda berusia 20 tahun belum ada tanggungjawab adakah tidak perlu memikirkan apa akan terjadi pada usia 25 tahun beruntung bagi mereka yang merancang dan bertindak secara bijak tetapi amat malang bagi mereka yang tidak merancang apa-apa untuk tempoh tersebut kerana dalam tempoh usia begini ramai dikalangan kita akan ada perubahan besar dalam hidup seperti berumahtangga, sudah pastinya akan ada penambahan komitmen.
Dalam dunia yang bergerak pantas sekarang memerlukan tindakan yang pantas juga.
Tetapi dimanapun tahap usia anda, perlu difikirkan orang disekeliling sama ada ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang memerlukan perhatian dan pengorbanan daripada anda, apakah boleh disalurkan bantuan jika memerlukan? ataupun anda yang akan meletakkan diri anda memerlukan pertolongan dan belas ehsan dari orang lain pilihan berada ditangan anda fikir-fikirkan...................
No comments:
Post a Comment