Wednesday, 19 July 2023

KERJA DARI RUMAH



Assalamualaikum sahabat2, moga2 semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dimurahkan rezeki, sihat zahir dan batin, dibukakan segala pintu kebaikan selagi mana kita sentiasa mengharapkan pertolongan dari Allah. 


Rezeki itu sendiri adalah subjektif, bukan samata- mata harta benda, kemewahan yang nampak oleh mata kasar sahaja tetapi ianya meliputi segenap aspek kehidupan, apa yang kita cari dalam menjalani kehidupan yang lebih tenang dan merasa cukup atas setiap keperluan kehidupan. 

Kehidupan kita tidak dapat lari dari masalah dan kesukaran, Allah akan memberi jalan penyelesaian yang diredoiNya selagi kita berusaha dan bergantung harap pada Allah. 

Menjadi perkara biasa juga sesetengah daripada ahli masyarakat suka mengharapkan pertolongan dari sesetengah pihak yang lain. Ini tidak boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk tidak berusaha dan berikhtiar kerana setiap daripada kita Allah kurniakan kelebihan serta kecenderungan masing-masing. 



Usaha dan kerja-kerja yang mendatangkan Hasil bukan sahaja melalui makan gaji dengan pihak lain tetapi juga dengan jalan atau berusaha sendiri, masa membuktikan, pada waktu sekarang ramai dari para surirumah menjana pendapatan dari rumah dan berjaya. 

Kita hidup di zaman serba digital di mana ekonomi gig sedang berkembang, jadi inilah masanya untuk asah kemahiran dan bakat yang boleh membantu untuk kerja dari rumah.

Jadi, kali ni saya ingin kongsikan bagaimana menjana pendapatan dari rumah, disini kami  kongsikan senarai kerja yang anda boleh buat dari rumah, platform mana yang sering digunakan dan tip supaya tak tertipu bila buat kerja online.




Kerja Sambilan Di Rumah

Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak dapatkan duit nak bayar rumah, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak?

Terdapat banyak peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari  di alam maya (tapi, jangan ter salah pilih), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.

Antara peluang yang ada terdiri dari penjualan barangan dan perkhidmatan. 

1. Penulis Bebas (Freelance Writer)
Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.

2. Pemasaran  Afiliasi (Affiliated) 
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?

3. Pembantu maya
Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.

4. Pereka Grafik (Graphic Designer)
Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.

5. Pereka Animasi (Animator)
Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.

6. Tutor Online
Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.

7. Perniagaan Makanan
Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?

8. Dropship
Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.

9. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)
Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.

10. Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.

Ini antara peluang-peluang yang boleh diambil dan dibuat secara atas talian tanpa perlu keluar rumah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan perniagaan tersebut,  ada yang menggunakan media sosial FB, IG, TikTok, Blog




Ramai juga yang menjalankan perniagaan network marketing seperti Shaklee dll berpejabat di rumah, semua aktiviti kebanyakkan dibuat dari rumah. Perniagaan Shaklee berasaskan 3S staring, sponsoring, servicing boleh di lakukan melalui online. Kelas kelas training juga dibuat online, jadi sebenarnya tiada alasan sekiranya kita mahu lakukan dengan jaya.

Faktor kejayaan bekerja dari rumah adalah antaranya mempunyai displin yang tinggi dalam pengurusan masa dan pengurusan hal peribadi. 
Mempunyai kemahiran dan minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi di samping tidak mudah putus asa dan mudah mengalah. 

Perlu ada mentor yang memberi tunjuk ajar dan pembakar semangat. 

Berminat menjadi Shaklee member boleh hubungi Kak Habibah Wasap /call 0182203958

Friday, 30 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT


Assalamualaikum, Salam sihat, sihat zahir dan batin. Kalau orang Tanya kita nak sihat dan cantik, ada ke agaknya jawab tak nak, mesti ramai yang nak cantik luaran dan dalaman. Haa Jom kita tengok kecantikan luaran, kulit kita. 


Banyak peranan kulit kita, salah satunya adalah menyahtoksin melalui peluh, kulit merupakan organ terbesar badan manusia, kulit sangat terdedah kepada pancaran matahari yang menjadi punca utama jeragat. 

Apakah maksud jeragat? Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang mempunyai warna kulit cerah. 

Malah, masalah jeragat hanyalah secara kosmetik semata-mata dan bukanlah tanda penyakit.




Jeragat mungkin berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari. 

Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan melanin meningkat.. Sebab itulah, jeragat selalunya muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti di muka, bahu dan juga tangan.

Malah, bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat. 

Tidak hairanlah, ramai yang ingin mencari jalan untuk mengurangkan jeragat di kawasan muka dan tidak kurang juga sangat benjaga-jaga supaya jeragat ini tidak wujud dikulit terutama sekali dinahagian muka. 

Selain daripada Sinaran UV ada juga sebab lain penyebab jeragat antaranya:

Genetik
Perubahan hormon
Pengambilan ubat
Penggunaan kosmetik

Sebenarnya, ada beberapa tip atau petua menghilangkan jeragat.
Namun pencegahan awal adalah cara terbaik, 

Pencegahan dari dalaman, menjaga permakanan 
Amalkan permakanan seimbang yang semulajadi tanpa pengawet, bahan kimia dan perasan tiruan. 

Pengambilan vitamin semulajadi untuk bina sel baru seperti Protein,  menguatkan sel dan mencegah kerosakan sel seperti vitamin C, vitamin A, vitamin B dan vitamin E. 




Lazimkan pengambilan buah-buahan segar, minuman tanpa gula yang mencukupi, rehat dan tidur yang mencukupi. 

Elakkan pengambilan ubat ubatan kimia yang berterusan dan Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti bahan pemutih dan mengikis lapisan luaran kulit. 




Amalkan Penggunaan SPF 50 untuk perlindungan UV dari sinaran matahari, awasi Penggunaan bahan penjagaan kulit dan kosmetik, pastikan bahan yang semulajadi dan selamat. 

Pencegahan dan rawatan secara luaran jangkamasa pendek boleh dicuba dan dilakukan waktu perlu sahaja. 




Cara ini bukan sahaja senang, bahan-bahannya juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya berdekatan. 

# menggunakan cukai epal, lemon
# serbuk kulit kayu manis
# soda bikabonat
# teh hijau
# lidah buaya

Namun pemilihan bahan penjagaan kulit sangat penting untuk tempoh jangkapanjang antara set penjagaan kulit yang disyor dan saya Amalkan, Jom Cuba langkah mudah yang ramai pengguna shaklee telah gunakan

* membersih - mencuci 
* menyegar -  mengimbangi
* melembab - menghidrat

Thursday, 22 June 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamualaikum, Salam sejahtera. Salam sihat. 

Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan terhindar dari penyakit-penyakit yang menggangu perjalanan kehidupan kita. 

Nikmat sihat adalah anugerah yang paling indah dan penting sehinggakan dalam solat kita ada doa memohon agar tubuh badan kita sihat  walafiat iaitu pada Rukun "duduk antara dua sujud" . Ini menunjukkan sihat rohani dan jesmani sangat dituntut dalam Islam. Kita perlu sihat demi menjaga amanah dari Allah. 




Ada beberapa Faktor dalam usaha untuk sihat:

1. Menjaga permakanan harian - sentiasa mengikut piramid makanan  lebihkan protin, sayur, buah, kurangkan karbohidrat, minyak, lemak, garam dan gula. 

2. Makan mengikut sunnah, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang ini kerana isyarat rasa kenyang akan sampai ke otak kita dalam masa 20 minit, kalau kita berhenti makan ketika kita sudah kenyang perut akan rasa terlebih kenyang. 

3. Minum air tanpa gula sekurang-kurang 8 gelas sehari@ 2 liter atau lebih tepat minum air  mengikut berat badan kita. Banyak kan minum air pada waktu siang hari iaitu 3/4 sukatan minuman sehari dan 1/4 waktu malam bagi mengelakkan air berlebihan ke organ penting seperti paru paru dan jantung. 

4. Amalkan sukatan makanan suku-suku setengah dalam satu pinggan hidangan. 1/4 bahagian karbohidrat, 1/4 bahagian protein dan 1/2 bahagian sayuran. Amalan ini bukan sahaja sihat tetapi menjamin berat badan yang aidel. 




BERSENAM

1. Bersenam atau berjalan kalki 30 minit 3 kali seminggu untuk menyah toksin melalui peluh, membayar lemak dan membina otot yang kuat. 
Bersenam menggalakkan peraliran darah yang normal dan jantung yang sihat. 

2. Sentiasa bertenang dan menangani stress, kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap masalah ada penyelesaian dan setiap penyakit ada ubatnya kita perlu berikhtiar dan berusaha mengawal dan meletakkan atau Setkan dalam minda kita semua yang terjadi adalah sementara, ia ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. 

3. Membantu kepada yang memerlukan, kita perlulah sentiasa lebih prihatin dan peka dengan persekitaran sosialliti supaya persekitaran yang aman menjamin keharmonian jiwa dan ketenangan hati serta bebas dari tekanan

4. Sentiasa berfikiran positif dalam segala hal
Bersangka baik dengan takdir Allah, Cara berpikir positif boleh dilakukan dengan mudah, mulai dari bersyukur, membiasakan diri untuk melihat sisi baik suatu hal, hingga membayangkan masa depan yang baik. Pola fikir ini memberi manfaat bagi kesihatan fizikal dan mental seseorang.




Amalan Pemakanan Tambahan yang disarankan

1. Multivitamin - 28 jenis vitamin dan minaral penting
2. Protein - membekalkan 9 amino asid penting tidak dikeluarkan oleh badan. 
3. Vitamin C - Cegah kerosakan Sel
4. B Complex -  membekalkan 8B yang lengkap
5. Omega - Minyak Omega 3, DHA & EPA
6. Kalsium - Ostenutrix untuk kesihatan Tulang, Gigi, Gusi, Sendi dan kesihatan jantung. 


http://www.wasap.my/60182203958

Wednesday, 14 June 2023

PENGEDAR SHAKLEE KUALA KUBU BHARU, RAWANG, SELANGOR DAN SELURUH MALAYSIA


Assalamualaikum, Salam sejahtera kepada anda yang sudi membaca blog saya Habibah@Kak Bib, saya mula mengenali Shaklee pada usia 30 an tahun dan sekarang sudah 21 tahun bersama Shaklee. Up line master saya, Master Norita/Naquib dan Master Hjh Salwa/Hj Husain

Tahukah anda sebelum ini ramai yang tidak mendapat bimbingan yang betul setelah membeli produk Shaklee kerana telah membeli dengan Pengedar yang hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Tetapi dengan kami pastinya pilihan yang bijak kerana kami akan membimbing sehingga anda berjaya mendapat Shaklee Effect seperti kami juga.




Semua produk adalah Ready Stock dan anda digalakkan untuk mendaftar ahli Shaklee juga bersama kami untuk lebih penjimatan.




Banyak perbezaan antara berniaga 10 tahun yang lalu dengan sekarang, nampak macam cara off line sudah ketinggalan tetapi kedua, dua cara online dan offline ada kelebihannya. 

Saya dan team pengedar Shaklee Kuala Kubu Bharu terdiri dari Nur Atiqah, Kak Hamidah, Intan Yusna, Puan Krishna mula mengenali Shaklee dengan guna dan makan sendiri, mula berkongsi secara off line dengan kawan-kawan dan keluarga.

 


Tambahan pula, berita gembira buat pengguna Shaklee Malaysia kerana pada bulan ini ditawarkan penjimatan berganda-ganda untuk produk kegemaran ramai iaitu Res-v dan Vivix dengan cabutan bertuah dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga tawaran untuk produk yang lain seperti Omega Guard, Lecithin Duo, DTX Duo, Vitamin E Duo dan Set Hello New You yang ditambah tempoh promosinya. Tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang juga! 




Anda juga boleh menjadi SID Shaklee yang berjaya tiada yang mustahil, segera hubungi kami untuk ketenangan lanjut dan stok sentiasa ada untuk keperluan segera. 

Stok ready, penghantaran cepat sekitar Hulu Selangor, Tanjung Malim dan Rawang percuma. Jangan Tunggu Lagi. Hubungi kami melalui salah satu nombor di atas ataupun :

Sila emelkan kepada habibahkasim68@gmail.com atau SMS/Whatsapp kami di talian +60182203958

Bimbingan secara offline & online disediakan bagi yang betul-betul berminat untuk menjalankan perniagaan Shaklee..

Satu perkara yang sangat penting perlu diberi perhatian adalah bagaimana membuatkan orang yakin dengan kita, tetapi terlebih dahulu kita perlu tanya sejauh mana keyakinan kita sendiri terhadap produk dan syarikat Shaklee.

Saya sedang mencari partner bisnes bagi yang berminat boleh hubungi kak bib segera 
http://www.wasap.my/60182203958
Klik untuk join team kak bib-
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=415822

Terima kasih 

Tuesday, 13 June 2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA

Pengalaman saya makan vitamin untuk bantuan kepada masalah ganguan kesihatan, sangat membantu menyelesaikan masalah resdung dan masalah sakit belakang, saya ambil FWP ditambah dengan Ostenutrix(kalsium) dan Omega. 



Selepas pengambilan vitamin selama 2 minggu saya rasa masalah resdung sudah berkurangan. Kalau sebelum makan vitamin sekali diserang resdung saya akan sakit keseluruhan kepala, bermula dihidung, tekak, mulut, gusi, mata dan telinga, perlu ambil antibiotic yang tetap baru resdung akan beransur berkurangan dan hilang, biasanya mengambil masa 5 hari antibiotic. 

Bezanya selepas pengambilan vitamin, resdung ada juga tetapi kekerapan diserang resdung agak jarang -jarang berlaku. Saya ambil vitamin vitamin ini sehingga sekarang, resdung hampir hilang dalam setahun hanya 2 atau 3 kali sahaja berbanding dahulu sebelum ambil vitamin, hampir setiap bulan di serang resdung yang teruk. 

Dalam masa yang sama saya perlu menghindarkan pengambilan bahan pengawet, bahan yang menyumbang kepada elegik seperti
ayam yang disuntik dan makanan laut tertentu. 

Saya juga mengalami sakit belakang yang agak teruk kerana faktor pekerjaan yang kurang bersenam dan setiap hari berulang balik ke tempat kerja sejauh 120 km ditambah pula dengan diet yang kurang kalsium, Selepas pengambilan Ostenutrix, Omega yang teratur, 4 bj Ostenutrix dan 2 biji Omega,. Sekarang tiada lagi masalah sakit belakang yang serius dan ia menjadi testimoni Shaklee saya.



Maksud hadis riwayat Bukhari.. Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu. Iaitu kita bertanggungjawab menjaga hak tubuh badan, makan dari sumber yang halal lagi baik supaya daging yang tumbuh darinya menjadi badan kita baik dan sihat

Penjagaan kesihatan menyeluruh yang menjamin pencegahan yang optima. 

1. Penjagaan permakanan seharian termasuk makanan tambahan adalah 80 % dan bersenam 20% mempengaruhi tahap kesihatan kita. 

2. Permakanan untuk nencegah kerosakan sel, antioksida vitamin. 

3. Permakanan untuk kuatkan sistem imun - kuat daya tahan melawan penyakit. 

4. Permakanan untuk detox, membuang toksin dan redikal bebas. 

5. Permakanan pembentukan sel yang sihat dan tulang yang kuat. 

6. Kurangkan pengambilan gula, tepung gandum, beras putih dan lemak tepu. 




Saya makan semua vitamin shaklee untuk tunai kan hak tubuh badan supaya lebih sihat, cergas dan menghindari penyakit- penyakit serius. Alhamdulillah berkat usaha yang sedikit ini saya lebih sihat dan mentain sihat InsyaAllah. 

Kak Bib menyeru kepada sahabat-sahabat diluar sana, yakinlah dengan Shaklee kerana ianya selamat dan berkesan, tidak rugi kita membelanjakan sedikit rezeki yang kita dapat untuk kebaikan diri sendiri. Berdasarkan rekod Shaklee berkaitan produk dan prinsip Shaklee sendiri helping others. Shaklee sangat menjaga pengguna dan alam semulajadi. 

Boleh bubungi Habibah/Kak Bib Call dan Wasap
http://www.wasap.my/60182203958
Klik untuk join team kak bib-
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=415822
#hidupsihat
#hijrahsihat
#maintainsihat

Monday, 5 June 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU


Cuba semak makanan harian kita adakah:-


1. Halal dan Baik
2. Seimbang, pelbagai makanan 
3. Banyak sayur-sayuran hijau kuning, merah dan ungu
4. Banyak buah buahan
5. Masak sendiri
6. Sayur dan buah di tanam sendiri
7. Makan ikut rasa sedap

Semua yang di atas tu perlu kita lihat jika kita mahu kekal sihat atau mahu prevent diri dari masalah kesihatan atau gangguan-gangguan berkaitan kesejahteraan fizikal.

Sejak tahun 1915 lagi, lebih 100 tahun yang lalu Shaklee telah memperkenalkan multivitamin, mula-mula dalam bentuk cecair sirap yang dinamakan vitalized mineral. Kemudian dinamakan 'Vitamin' dari perkataan vitalized mineral, ia merupakan multivitamin pertama di dunia ciptaan Dr Forrest C Shaklee.

Menurut pakar permakanan untuk sihat secara optima dan mencegah penyakit kita perlu menjaga permakanan dan bersenam. Faktor permakanan menyumbang 80 peratus dan Faktor seaman menyumbang 20 peratus. 

Nampaknya menjaga permakanan jauh lebih penting. Oleh itu Shaklee memperjuangkan makanan sihat untuk kesejahteraan hidup Sejak awal wujudnya syarikat Shaklee. 




VITA-LEA (VITA-LIZE) MULTIVITAMIN SHAKLEE

Kandungan Vitalea 

1. Satu Tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. 

2.  13 Vitamin dan 12  Mineral penting sebagai mana disarankan oleh US RDA. Vitamin A, D, E, C, B1, B2, B3, B6, B5, B12, Asid Folik, Biotin, Vitamin K dan mineral Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper, Zink, Chromium, Molybdenum, Boron, Selenium, Iron.

3.  Diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

4   Tablet Vitalea disaluti dengan spirulina, dihasilkan dengan kaedah teknologi eksplosif yang kompleks(Explo-tab), ia merupakan multivitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan tubuh manusia. 




Manfaat VITALEA - Saranan 2 tablet dalam sehari menjamin... 

1. Menambah dan mengekalkan tenaga seharian- mencergaskan Fizikal, mental dan membantu sistem memori serta fokus. 

2. Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang. 

3. Tingkatkan keupayaan sistem produktif dan penting kepada tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar. 

4. Sangat membantu dalam stimulasi  metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 

5. Elemen penting pada sel tubuh, membekalkan asas nutrisi - memastikan sel hidup dan pertumbuhan sel baru. 

6. Melindungi organ- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 




Multivitamin Shaklee, semulajadi, berkesan dan selamat, ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.(Vitalea telah dipilih oleh Center for Science Di USA sebagai THE BEST MULTIVITAMIN didalam public Interest pada tahun 2000).

 

Boleh klik disini untuk daftar member:

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=415822

Untuk penerangan yang lebih boleh wassap/call Kak Habibah 0182203958

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...