Sahur didefinasikan dengan makan waktu pagi, iaitu penghujung malam sebelum fajar atau waktu sebelum subuh. Masa yang sangat afdal ialah 10 minit sehingga 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Ia juga waktu yang sangat penting untuk mengambil sarapan supaya sepanjang hari bertenaga terutama ketika berpuasa.
Jelas menunjukkan bahawa kelebihan bersahur
dapat melatih kita untuk mengerjakan solat sunat tahajud. Kesempatan untuk
bangun sebelum waktu Subuh di luar Ramadan jarang berlaku. Dengan bersahur,
maka kita dapat menggunakan waktu yang singkat itu dengan efektif selain dapat
mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat tahajudأ
“Sahur adalah makanan yang penuh berkat.
Oleh kerana itu, janganlah meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk
air. Kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada orang-orang
yang makan sahur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Walaupun sahur itu bukan syarat sah puasa
kerana tanpa sahur juga anda wajib dan dibolehkan untuk berpuasa. Namun, pada
sahur itu ada keberkatan yang perlu dijaga dan banyak kelebihan yang akan Allah
ganjarkan kepada muslim yang melaksanakan sunnah ini. Ia merupakan sebuah
sunnah yang jika diamalkan, akan mendapat ganjaran yang sangat besar.
Hukum bersahur adalah sunat muakkad, iaitu
perbuatan yang dituntut untuk dilakukan. Jika ditinggalkan, maka tidak berdosa
dan puasanya masih sah. Haram hukumnya jika meninggalkan puasa wajib dengan
alasan tidak bersahur melainkan jika puasa yang diteruskan dapat memudaratkan
dirinya sendiri.
Kelebihan Sahur
Sebenarnya, sahur bukanlah suatu anjuran
yang sia-sia. Jika kita lihat gaya hidup masyarakat kini, tiada yang akan
bersusah payah untuk bangun semata-mata untuk makan di awal pagi. Namun, dalam
Islam, ia adalah perkara yang dituntut kerana banyak kelebihan yang boleh
diperoleh oleh Allah SWT. Antaranya ialah:
#1 -Membezakan Puasa Islam Dan Yahudi
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksud: “Perbezaan antara puasa kita (umat
Islam) dan puasa ahli kitab terletak pada makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)
Setiap agama di dunia ini mengamalkan puasanya yang tersendiri. Ada yang berpuasa daripada makan daging, ada yang berpuasa daripada makan sahaja dan boleh minum serta macam-macam lagi cara mereka berpuasa.
Begitu juga dengan ahli kitab yang telah disebut berdasarkan hadis Rasulullah SAW di atas. Ahli kitab ialah golongan Yahudi dan Nasrani yang percaya kitab Injil dan Taurat namun setelah lahirnya Nabi Muhammad, mereka telah menolak ajaran al-Quran. Golongan ini berpuasa sama seperti kita, iaitu dengan menahan lapar dan dahaga namun tidak mengamalkan bersahur berbeza dengan umat Islam yang disunatkan bersahur sebagai salah satu amalan di bulan puasa.
#2 – Ada Keberkatan
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَ
Maksud: “Bersahurlah kerana sesungguhnya
pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW menganjurkan untuk bersahur
kerana banyak keberkatan yang boleh kita rebut. Antaranya ialah, ia dapat
membantu kita untuk menguatkan diri semasa berpuasa. Dengan bersahur, ia dapat
memberi kita tenaga dan boleh menjadikan hari kita produktif.
#3 – Untuk Kesihatan Diri
Menurut Imam Ibnu Adli Bar, kajian mengenai
hadis bersahur dan kepentingannya adalah bertaraf sahih dan mampu memberi
kesihatan kepada diri sendiri. Kajian saintifik juga menekankan bahawa
penekanan nabi agar sahur dilewatkan mempunyai sebab yang tersendiri, iaitu ia
menepati waktu sarapan pagi. Hal ini kerana, makanan yang paling utama dalam
masa 24 jam ialah sarapan.
Dr Mark Pereira dan beberapa orang pengkaji lagi dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi akan mempunyai risiko untuk menghidap penyakit jantung dan kencing manis. Manakala, menurut Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan sarapan berisiko untuk menanggung dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan berpotensi mengalami penyakit anemia.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment