Tuesday, 28 March 2023

MENGAPA B COMPLEX PERLU UNTUK KURUS




Pengambilan vitamin adalah jalan terbaik untuk menurunkan berat badan, bukan dengan cara mengambil ubat, krim sapu atau melalui cara semburan. Makanan tambahan atau vitamin tidak menyebabkan kegemukkan kerana vitamin tidak mengandungi kalori.

 

Kadar metabolisma, pembakaran lemak, gula dan kalori sangat berkesan dengan pengambilan B Complex, proses ini berkait rapat dengan pengawalan dan pengurusan berat badan yang normal.

 

Antara kandungan B Complex adalah Thiamin, Riboflavin, Niacin, Pantotenik asid, B6, Biotin, Folic asid dan B12.

 

Gabungan 8 jenis vitamin B ini diperlukan oleh tubuh kita untuk kestabilan metabolisma atau keupayaan tubuh kita menukar makanan dan lemak kepada tenaga.

 

Dengan ini makanan  atau lemak yang kita makan tidak akan terkumpul dan tepu didalam badan, yang akhirnya akan menyebabkan penyakit lain dan masalah jantung, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi masalah kesihatan.

 

Kekurangan salah satu vitamin B akan menyebabkan gangguan kepada tahap metabolisma tubuh, jadi amatlah penting bagi kita memastikan pengambilan vitamin B Complex yang cukup 8 kumpulan B.

 


Fungsi 8 jenis B yang ada dalam B Complex secara ringkas

 

Vitamin B2 Riboflavin – untuk fungsi thyroid normal dan metabolisma.

Vitamin B1 Thiamin – untuk pertumbuhan sel sihat

Vitamin B3 Niacin – untuk menghasilkan thyroid normal dan berfungsi dalam mengawal/menentukan Toleransi Glukosa yang akan dilepaskan apabila kandungan gula dalam darah meningkat

Vitamin B5 Pantotenik asid – Kekurangan Vitamin ini boleh menganggu kapasiti tubuh dalam penggunaan lemak.

Vitamin B6 Pyridoxine

Vitamin B9 Folic asid

Vitamin B12 Cobalamin -faktor utama dalam metabolisma karbohidrat

Biotin- membantu untuk mencerna dan memecahkan zat gizi makro lemak, karbohidrat dan protien

 


Selalu kita dengar kononnya vitamin B boleh menyebabkan kegemukkan, kerana mudah merasa lapar dan ingin mengambil makanan tanpa had, saya rasa kes begini mungkin adalah kerana pengambilan vitamin B dimana kandungan vitamin B tidak lengkap contoh hanya 3 vitamin B sahaja dalam satu tablet atau pengambilan vitamin B tidak disusuli dengan pengambilan air yang mencukupi untuk membantu membakar lemak.

Keadaan ini dikaitkan dengan kadar metabolisma yang tinggi akan membantu mencerna lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan lemak tidak disimpan dalam badan dan tidak akan menyebabkan kegemukkan.

 

Secara peribadi saya telah mengamalkan B Complex Shaklee lebih dari 20 tahun dan tidak berlaku kegemukkan seperti yang dinyatakan, sekiranya kita mengambil vitamin cara yang betul dan memilih makanan asas yang kita makan seharian mengikut pyramid makanan yang dicadangkan oleh pakar pemakanan.

 

Pengambilan vitamin B Complex yang berterusan mengikut cara yang betul menjamin berat badan yang normal berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan.

No comments:

Post a Comment

COQ-TROL PLUS SHAKLEE TERBAIK

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COENZYME Q10, ANTIOKSIDA YANG MENYOKONG SEL UNTUK MENGHASILKAN TENAGA. Coenzyme Q10 adalah komponen yang pe...